Followers

Wednesday, April 20, 2011

7 tips untuk gembira dan cemerlang di dalam pekerjaan

Menjadi gembira dan cemerlang di dalam pekerjaan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Sungguhpun anda bekerja di dalam suasana yang penuh dengan tekanan, tidak menjadi kesalahan untuk anda berasa gembira di dalam hati dan pada masa yang sama menjadi cemerlang di tempat kerja. Sama ada anda bekerja sendiri, bekerja untuk orang lain ataupun bekerja di syarikat besar, di bawah ada 7 tips untuk menjadi gembira dan cemerlang di dalam pekerjaan anda.




1. Mulakan kerja awal. Kelebihan datang kerja dengan awal membolehkan anda memulakan kerja dengan tenang tanpa ada gangguan bunyi telefon dan suara pekerja lain. Anda akan jadi lebih fokus dan bertenaga untuk bekerja.

2. Pendekkan waktu bekerja. Tahukah anda berapa jam efektif bagi seseorang itu bekerja? Jawapannya empat jam. Sekiranya anda menghabiskan masa sehingga 7 jam di meja anda dan masih lagi tak cukup, cuba semak mana yang anda silap. Adakah terlebih leka dengan internet, menjawab email ataupun berbual dengan rakan sekerja? Sekiranya anda dapat memanfaatkan masa bekerja yang efisien, anda sebenarnya tak perlukan masa yang lama di pejabat.

3. Buat senarai pendek. Buatlah senarai pendek berkenaan apa yang anda perlu siapkan pada hari itu. Apabila anda berjaya menyiapkan tugas anda, terus sahaja 'tick' di dalam senarai anda. Ini menmberikan anda perasaan positif dan gembira untuk terus menyiapkan kerja anda yang seterusnya.

4. Kurangkan gangguan. Apa yang selalu mengganggu anda? Biasanya email, twitter, facebook, youtube dan sebagainya menjadi musuh utama pekerja di pejabat. Cuba letakkan target masa untuk melayan gangguan tersebut mungkin pada waktu petang. Oleh yang demikian waktu terawal kerja anda akan penuhkan dengan cara yang berfaedah.

5. Pendekkan email. Sekiranya anda banyak berkomunikasi melalui email, pendekkan email anda. Mungkin dengan dua atau tiga ayat sudah cukup untuk menyampaikan mesej anda dengan tepat.

6. Kurangkan mesyuarat. Mesyuarat adalah kunci kepada pembaziran masa. Sekiranya anda perlu juga bermesyuarat, pendekkan masa mesyuarat anda. Kalau tidak, lari jauh-jauh (dan laju-laju).

7. Rehat dengan kerap. Setiap 30 minit, berehatlah selama 10 minit dengan cara membuat minuman panas, senaman merenggangkan otot ataupun berjalan di luar. Tarik nafas dalam-dalam dan jadikan diri anda segar semula untuk menghabiskan kerja anda yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment