Followers

Thursday, December 30, 2010

'Kekecewaan kami ditebus'

AKHIRNYA kekecewaan skuad 1996 berjaya ditebus.
Demikian ungkapan pertama bekas penjaga gol negara, Khairul Azman Mohamed selepas anak buah K Rajagobal berjaya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi, apabila menundukkan Indonesia menerusi agregat 4-2.

Bagi bekas pemain yang pernah menjaga gawang negara pada aksi final 1996 di kejohanan sama sebelum tewas 0-1 kepada Thailand itu, kemenangan itu juga membuka era baru dalam landskap bola sepak negara.

“Tahniah dan terima kasih kepada skuad negara atas kemenangan ini kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan skuad 1996. Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti ini.

“Cuma ingatan saya selepas ini jangan mula lupa diri, sebaliknya teruskan kecemerlangan ini untuk tempoh yang lebih lama kerana peluang barisan muda yang ada ketika ini cukup cerah pada masa depan.

“Kemenangan ini juga membuka lembaran baru dalam era bola sepak moden negara dan seperti yang saya katakan sebelum ini, harap barisan sedia ada ini terus dikekalkan,” katanya.


Khairul Azman juga pantas menghamburkan pujian terutama kepada barisan pemain pertahanan serta penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi final kedua malam tadi yang disifatkannya cukup hebat.

“Khairul Fahmi mungkin melakukan sedikit kesilapan, tapi secara keseluruhan dia sudah mempamerkan aksi terpuji manakala barisan pertahanan, tengah dan jentera serangan juga layak diberi pujian.Pada aksi final 1996, skuad negara yang ketika itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan kecewa kerana tidak dapat menjulang piala berkenaan selepas tewas menerusi jaringan tunggal penyerang Thailand, Kiatisuk Senamuang.

Monday, December 13, 2010

Laksa...oh...Laksa..

YES!!Finally dpt gk mkn 'kau' lps bbrp bln aq mengidam nk mkn...alhmdulillh..time p Penang ari tu de gk plan nk mkn 'kau' tp time xde...bz ngn club meeting & acara beramah mesra dgn kwn2 trcinta :) ....pape pon thanks to my mum cos sudi msakkn my favorite food ari ni...kpd yg tringin nk join meh lar...sedap woooooo!!!

Sunday, December 12, 2010

I'm bored

Huh..bosan lg..hari-hari buat bnde yg same..bgun pg bekfes then duduk dpn laptop...xde kerjya lansung..ble la agknyenye dpt 1 ari yg bleh menghappykn aq???x duduk terperuk kt umh,tgk environment luar,pegi jln2..klu x pon dpt mkn kt Mc'D pon jdilah...da tahap beku aq kt umh ni..xde bnda yg bleh dbuat dah...muka pon dah naek bulat...otak dah suku jem..ya-allah,klu permudahkn la idup aq utk hari ni & hari2 sterusnye...AMIN........

Tuesday, December 7, 2010

Insan Terpilih...


Sukar utk dijelaskn,sukar utk ditafsirkn tp itu la hakikatnya...menerima byk cacian,kutukn malah pernah satu ketika dikatakn menyusahkn org sekeliling...pedih & perit dugaan kehidupannya...tekanan & kepayahan perjalanan dirinya namun sukar di bongkar oleh org lain..hanya dirinya dan keluarga yg sanggup melayarinya...setiap detik diharungi dgn redha pada NYA...tanpa mengenal erti jemu,tanpa mengeluh walau sesaat...baginya kehidupan & keluarga adalah inspirasi hidupnya....bersyukur dgn kehidupannya walaupun tidak selengkap org lain..rasa cemburu dgn kehidupan ttp ada hanya DIA yg mengetahuinya...baginye dunia hanya lah sementara namun dirinye ttp inginkn yg terbaik di dunia mahu pun akhirat...semoga DIA mendgr setiap apa yg dibisikkn dihatinya.........