Followers

Wednesday, January 4, 2012

Cantik Bukan Hanya Di Luar, Tetapi Dalaman Juga!

Kebanyakan gadis sering menitikberatkan penjagaan  kecantikan luaran semata seperti menjaga cara pemakaiannya, solekan dan sebagainya. Hingga ada kalanya terlupa kecantikan dalaman itu adalah lebih penting. Mudah sahaja caranya tanpa perlu mengeluarkan wang dan tenaga. Jom mulakan dari sekarang!

1. Minum Banyak Air
Paling penting minum banyak air. Minum, minum dan minum! Bukan  air berkarbonat atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih, dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan kamu.

2. Bersenam
Semua tahu bersenam itu baik untuk kesihatan dan juga rohani.  perlu berjalan di sekitar rumah ia sudah memadai kerana berjalan juga satu bentuk senaman!

3. Jangan merokok!
Ini merupakan saranan yang paling penting kerana merokok boleh  merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Tidur Yang Mencukupi
Ramai yang mengabaikan soal ini tambahan lagi apabila terlalu sibuk.  Sebenarnya sesibuk manapun, tidur yang tidak cukup akan membuat kamu kelihatan lebih tua dan mata lebam. Ini akan membuatkan bahagian bawah mata kamu tampak tidak cantik dan tidak sihat.

5. Jangan Terlalu Banyak Bersolek
Pada waktu tertentu, benarkan kulit kamu berehat daripada memakai sebarang  mekap. Kulit juga perlu bernafas! 

Rahsia Pikat Jejaka Idaman di Parti

WOW! SEKALI PANDANG SEAKANAKAN GAYA ARTIS LAGAKNYA,  BAHKAN BOLEH MEMBUATKAN SANG ARJUNA TERPANA SEKETIKA. MUNGKIN TARIKAN SI GADIS TELAH MEMUKAU PANDANGAN MATA SI ARJUNA. MAKA SI ARJUNA INI MENGAMBIL PELUANG UNTUK MEMANDANG SI GADIS ITU TANPA BERKELIP-KELIP.
Petanda ini menunjukkan bahawa si dia mula tertarik dengan si  gadis di hadapannya. Apakah kamu ingin menjadi seperti itu? Ayuh! Ikuti tip ini sebagai panduan buat kamu!

5 Perkara yang Perlu dilakukan

1. Gunakan Gaya Nakal
gaya nakal ini bukan bererti kamu perlu beraksi ala-ala gedik  atau mengada-ngada tetapi kamu perlu bijak menggunakan taktik nakal untuk menarik perhatian si dia. Tidak cukup sekiranya kamu hanya berdiri dan menyaksikan rakan-rakan kamu berseronok tanpa melakukan apaapa. Sebolehnya kamu hantarkan sedikit pesanan melalui memek muka kamu untuk menyampaikan pesanan yang kamu inginkan si dia mendekati kamu. Kamu juga haruslah sentiasa tersenyum dan mempunyai pandangan mata yang menggoda.

2. Berdiri dalam Kumpulan Kecil
Sekiranya kamu menghadiri mana-mana parti yang diadakan,  pastikan ahli kumpulan kamu itu mempunyai jumlah yang sangat kecil. Mungkin dua atau empat orang sahaja. Jika kamu berdiri di dalam kumpulan yang ramai mungkin si dia takut untuk mendekati kamu. Barangkali si dia takut akan ditolak saat mempelawa kamu untuk menari atau bercanda. Sebolehnya kamu cuba untuk duduk di dalam kumpulan yang kecil dan jarakkan sedikit antara kamu dan rakanrakan. Pastikan kawasan kamu itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai.

3. Menghias diri
Tahukah kamu, menghias diri bagi seorang wanita itu bukan daripada  segi pemakaian yang menjolok mata. Sebaliknya pemakaian kamu haruslah sopan dan mampu menonjolkan diri kamu pada malam itu. Mungkin kamu perlu mengubah sedikit cara pemakaian kamu yang ala-ala selekeh kepada yang lebih cantik dan elegan. Kamu boleh mencari gaun labuh yang tidak terlalu sarat dengan manik atau hiasan berjuntai tetapi kamu boleh mencari yang selesa dan sedap mata memandang. Kemudian kamu tata rias sedikit wajah kamu itu dengan solekan nipis untuk menunjukkan perbezaan diri kamu dari sebelumnya. 

4. Bahasa tubuh
Tidak dinafi kan bahawa kaum Adam ini sangat suka pada visual  daripada ilusi. Melalui visual, mereka boleh nampak dan mengamati diri kamu sebaiknya. Oleh kerana itulah kamu perlu memainkan peranan dengan menonjolkan sedikit diri kamu pada malam itu. Kamu perlu menggunakan bahasa tubuh dengan betul seperti menyilangkan kaki kamu sambil kasut tergantung pada jari kaki, kemudian kamu boleh berpeluk tubuh untuk menyatakan yang kamu begitu yakin dengan penampilan diri kamu. Hurm, pasti si dia akan mendekati kamu tidak lama lagi!

5. Tonjolkan diri kamu sebenar
Jangan lupa untuk tonjolkan diri kamu yang sebenar saat menghadiri parti  tersebut. Jangan pula kamu berpura-pura dan menjadi orang lain sedangkan karakter kamu bukan begitu sebenarnya. Sekiranya kamu seorang individu yang suka ketawa, tonjolkanlah diri kamu itu kerana kadangkadang lelaki ini akan tertarik bila mana melihat kamu sedang tertawa bersama rakan-rakan kamu. Daya tarikan tidak semestinya pada paras rupa semata-mata, kadangkala ia boleh terjadi daripada cara kamu yang gila-gila itu. Kamu harus tahu bahawa lelaki tidak suka kepada perempuan yang hipokrit maka kamu perlu beringat! 

Quote of the Day


Mcm best je quote ni..bsr mknenye tuh...xde sape yg nk BITTER in life kn??hope year 2012 ni akn dtg yg lbh baek then before...AMIN

Tuesday, January 3, 2012

OMBAK RINDU



Nk share xperience aq kowng on this muvie...w'pon dh agak out dated sbb muvie ni dh lme kuar tp aq ttp nk share coz for me citer ni mmg BEST & HOT....
1st plan nk tgk kt cinema dg cara berkonvoy pnuhkn panggung but ticket sold out plk...sumeer time full...cis mmg xde rezeki ler citernye kn...rse mngidam sgt nk tgk citer tu smpikn trbwk2 dlm mimpi....punye lh kuat bahana citer nih..
Finally lps brkurun muvie ni kuar kt cinema bru lh aq de pluang nk tgk kt  ... tq astro...YOU'RE THE BEST...mmg romantik n sedey citer nih...dgn  yg hensem ,      kacak,macho n hot....I really admiring him....heeehee..
Overall muvie ni sgt best d'antara muvie2 yg pnh aq tgkk sblm ni..sumer konflik de dlm citer nih...
 to the director & novelis... 

This is TRUE

XxxxX (Lmbt post ler)

ermmm...rse mcm dh lme x post..
anyway ni hari yg ke4 aq kje
lps mc & hospitalize 2 mggu
time last post tu aq mmg dh truk sgt
but still kje & blk awl
sbb x larat sgt...
5 days kne high fever,
40 deg...giler pnas
pg klinik tah ubt pe dy bg kt aq,
5 ari pon still x ok...
ari ke 6 msuk kje blk...
but mkin truk n xde sore...
planned mmg x nk mc dah
tp boss suh g klinikk blk,...
nmpk mmg aq dah truk...
kol 10 lbh abh amik kt opis
and trus bwk g EMERGENCY,PANTAI HOSPITAL....
after checking n wt test,
doc ckp kne warded...
hurm..mmg aq dah agk pon...
aftr 4 days duk brcuti dlm ward,
finally dpt gk blk umh
n tdo ngn tilam empuk ku...
heeeeheeee
now i'm back to work,...
start crik rezeki blk...
WISH ME A LUCK....