Saya tidak tahu apa nak dikata mengenai penyakit masyarakat yang semakin hari semakin bersifat di luar tabii manusia yang waras. Mengapa nilai-nilai asas seorang manusia nampaknya makin mundur? Penyakit ini bukan hanya terhad di kalangan yang muda sahaja tetapi kalangan yang lebih tua pun tidak kurang hebatnya.
Seolah-olah manusia di Zaman Batu lebih bertamaddun berbanding kita yang hebat kemajuan teknologinya. Hebat sekali pencapaian ilmu kita hinggakan baru-baru ini saya terbaca bahawa kumpulan maklumat yang telah kita kumpul semenjak 30 tahun yang lepas melebihi ilmu yang dikumpul oleh nenek moyang kita 5 ribu tahun sebelum jangkamasa 30 tahun ini!
Saya melihat masyarakat sekarang amat perlu kembali kepada soal-soal asas kehidupan bagi menangani bermacam-macam fenomena yang begitu mengancam kesejahteraan manusia. Tetapi dimana kita harus bermula?
Jika dilihat dari binaan asas seorang manusia itu, tanpa pengecualian setiap manusia mempunyai kerohanian, intelek, emosi dan fizikal. Tuhan juga telah menganugerah kepada setiap manusia kehebatan yang cukup besar dalam diri manusia itu sebagai bekal dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jadi soal samada semua manusia itu tidak mampu itu tidak timbul. Semua manusia itu pandai!
Dari apa yang saya renung, apa yang amat diperlukan ialah manusia perlu sangat jajarkan kehidupan kepada dua sumber rujukan iaitu Perintah Tuhan dan Kaedah yang ditunjukkan oleh PesuruhNya. Jika tidak parah kita. Walau bagaimana sihat, bahagia atau kaya kita, namun jika hidup ini tidak dijajarkan berdasarkan kepada dua sumber rujukan ini, tunggukan saja saatnya diri kita dimamah oleh kecuaian diri kita sendiri.
Bagi memudahkan kita menjajar kehidupan kepada dua sumber rujukan ini pula, amat perlu kita mempunyai matlamat dalam setiap cabang hidup kita. Matlamat ini sebenarnya bertindak sebagai alat untuk memastikan kita terus duduk di atas landasan dua sumber rujukan ini. Fikirkan ...
Bagi memastikan diri kita ini pula mempunyai matlamat yang benar-benar mampu melaksanakan tugas di atas, kita perlu tahu bagaimana membina matlamat. Banyak orang bercakap mengenai peri penting bina matlamat. Tetapi yang dilihat, tiada satu sistem khusus dan terperinci bagi melaksanakan hasrat ini.
Resepi pembinaan matlamat ini sebenarnya mampu kita lakukan jika kita berupaya menjawab 4 soalan asas kehidupan ini;
Siapa Saya?
Dimana Saya dalam hidup ini?
Kemanakah arah Tujuan Saya?
Bagaimanakah mencapai Tujuan Saya?
Moga Tuhan rahmati dan berkati hidup kita semua manusia ...
Tuesday, May 10, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Futuwwah Cinta
Inilah dia cinta
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.
Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.
Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... ameen...
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.
Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.
Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... ameen...
Sunday, May 1, 2011
Happy birthday to my lovely brother Akhbar
Secebis catatan utk abg
Salam... 3rd May 2011
Happy birthday utk org yg akk sllu ingti dan rindui...rsenye dah 2 kali kite and family celebrate birthday jauh cmni...sedey rsenye coz xdpt nk happy x2 time cmni...tahun ni abg dah 24 tahun...parents kite sgt x sangka yg anak laki dia dah besar pnjg...cpt je mse brlalu..akk rse mcm bru smlm kite 3 bradik gduh and baling2 brg sbb x puashati...hiiihiii...how fun klu kite bleh blk kt mse tu...???but too bad mnusia x bleh nk undurkn mse coz tu sumer dah trtulis olehNYA...dsbbkn tulah akk nk abg amik iktibar dan pngajaran dgn ape yg trjdi kt abg slama ni...yg pnting dan yg prlu abg tnamkn kt diri abg is brubh,jd yg trbaek tuk diri sendiri n family and yg paling pnting keinsafan diri...
smoga dgn kematangn umo abg ni akn mmbuatkn abg utk lbh mengingati kehidupn yg sebenar...Kiteorg kt sini syg abg... Happy Birthday to you!!!
love from KL’11

Subscribe to:
Posts (Atom)